Sentimen Semasa Pasaran Forex Pada Awal London Open

454

US dollar sedikit lemah pada Rabu selepas membuat kenaikan yang banyak pada Selasa. Dalam sesi dagangan Selasa, US dollar menguat berbanding Euro dan Yen tetapi lemah berbanding Sterling (GBP), AUD, NZD dan CAD.

Sehingga ketika ini tema pasaran atau perhatian pasaran masih lagi berkisar tentang ‘Perang Perdagangan’ Amerika -China yang berpotensi memburukkan prestasi ekonomi global dan juga pertumbuhan ekonomi Amerika sendiri.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.04% setakat pada pukul 2.45 petang.

EUR/USD ketika ini naik 0.02%, pair GBP/USD naik 0.09% dan USD/JPY naik 0.02%. Bagi matawang AUD dan NZD, kedua-dua matawang ini kekal kukuh pada Rabu disokong oleh kelemahan matawang US dollar. Ketiga-tiga matawang komoditi AUD,NZD dan CAD mengukuh setakat pukul 2.48 petang pada Rabu.

US dollar mencatat kenaikan pada Selasa walaupun masih terdapat kebimbangan dalam pasaran khususnya terhadap ketegangan perdagangan. Sentimen yang sedikit pulih pada Selasa telah menyokong kenaikan USD/JPY dengan pasaran saham Wallstreet terpantul semula selepas kejatuhan pada Isnin.

Namun, pergerakan US dollar masih lagi dipengaruhi oleh isu perdagangan antara A.S. dan China.

Pentadbiran Trump pada Selasa telah mengumumkan tariff terbaru terhadap China iaitu 25% tariff terhadap 1,300 produk teknologi, pengangkutan, dan perubatan. Tindakan ini adalah usaha A.S. untuk mengubah polisi ‘Harta Intelek’ yang digunakan China selama ini yang didakwa telah banyak mencuri teknologi dari Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat