Sentimen Semasa Pasaran Forex Pada Hari Terakhir Dagangan Minggu Ini

513

US dollar mengekalkan pengukuhannya dalam sesi New York pada Jumaat selepas datan pertumbuhan ekonomi (GDP) Amerika Syarikat dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain membuat kenaikan 0.23% setakat pada pukul 10.06 malam.

Data menunjukkan pertumbuhan ekonomi (GDP) Amerika pada suku pertama 2018 naik sebanyak 2.3% berbanding jangkaan peningkatan 2.0%. Namun, data kali ini jauh lebih rendah daripada 2.9% yang dicatat pada suku keempat 2017.

Major pair EUR/USD jatuh 0.21% dengan GBP/USD jatuh 1.01%. USD/JPY pula jatuh 0.05%, USD/CAD jatuh 0.02% dan USD/CHF naik 0.13%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan penurunan 0.01% dan jatuh 0.14% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Yen dan matawang paling lemah adalah GBP. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair GBP/JPY jatuh sebanyak 1.09% setakat ini.

Matawang GBP kini menjadi matawang paling lemah disebabkan bacaan pertumbuhan ekonomi (GDP) United Kingdom merekodkan bacaan terendah dalam tempoh lima tahun. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 0.1% pada suku tahunan pertama 2018 jauh kurang daripada jangkaan pasaran dengan ramalan kenaikan 0.3%. Bacaan pertumbuhan sebelum ini juga dikaji semula yang mana diturunkan daripada 0.5% kepada 0.4%.

Matawang US dollar kini di landasan yang betul untuk merekodkan kenaikan 1.7%, iaitu kenaikan tertinggi sejak November 2016 yang lalu. Jika dilihat secara keseluruhan, matawang US dollar banyak dipacu oleh peningkatan Hasil-Bon 10-Tahun Kerajaan AS (US10-year Treasury Yields) yang meningkatkan jangkaan terhadap kadar faedah The Fed yang lebih tinggi di masa hadapan.

Sentimen meyakinkan terhadap US dollar pada Khamis dan Jumaat pula banyak disokong oleh laporan rundingan AS-China dan juga hari bersejarah Korea Utara dan Korea Selatan.

Sentimen global semakin baik selepas pertemuan antara kedua-dua pemimpin Korea Kim Jong-Un dan Moon Jae-In bertemu pada Jumaat. Kesan langsung positif kepada matawang Won Korea Selatan dengan US dollar juga mengukuhkan kedudukannya pada Jumaat.

Terbaru, Amerika Syarikat akan menghantar delegasinya ke China untuk berunding dalam isu perdagangan yang akan diketuai oleh Larry Kudlow.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat