Sentimen Semasa Pasaran Forex Setakat Awal Sesi Eropah, AUD Matawang Paling Kuat?

345

US dollar didagang lebih rendah berbanding matawang-matawang utama yang lain pada awal sesi Eropah pada Khamis. Minggu ini sentimen pasaran dalam keadaan baik dengan tiada berita baru yang menambah ketegangan terhadap isu Syria dan perang perdagangan.

Majoriti indeks saham utama Asia ditutup positif pada Khamis yang mengesahkan sentimen positif pasaran global setakat pada hari ini.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.10% setakat pada pukul 3.20 petang.

Major pair EUR/USD naik 0.17% dengan GBP/USD naik 0.08%. USD/JPY pula naik 0.07% dengan USD/CAD susut 0.15%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing naik 0.26% dan 0.04%.

Matawang paling kuat dari kalangan matawang utama setakat pada sesi awal Eropah adalah AUD dan diikuti oleh CAD. Manakala matawang paling lemah adalah Yen. AUD/JPY setakat ini naik 0.32% dengan CAD/JPY naik 0.25%.

Dengan sentimen pasaran yang pulih, kini kebimbangan para pelabur dan pedagang adalah kepada tren pergerakan hasil-bon 10 tahun AS (US 10-yr Treasury yield) yang mendatar. Dengan terhadnya kenaikan kadar faedah jangka panjang, kenaikan US dollar juga dijangka terhad.

Walaupun dengan data pekerjaan yang kurang baik pagi tadi, AUD menjadi matawang paling kuat setakat ini. Kekuatan AUD dilihat banyak disumbang oleh sentimen positif pasaran dengan kenaikan indeks saham Asia. Selain itu, komoditi utama Australia iaitu kuprum (copper) juga menyokong pengukuhan AUD.

Matawang CAD adalah matawang paling banyak berubah pada Rabu disebabkan penetapan polisi monetari Bank of Canada (BoC). CAD melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain berikutan jangkaan pasaran yang meleset apabila bank pusat dilihat tidak begitu optimis dan hawkish dalam kenyataan awal dan juga sidang media Gabenor Carney.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat