Sentimen Semasa Pasaran Forex Setakat Pembukaan Pasaran Eropah

29

US dolar mengukuh berbanding Yen pada Jumaat mendapat semula momentumnya selepas Korea Utara sekali lagi melancarkan peluru berpandu merentasi Jepun.

USD/JPY pada mulanya jatuh ke paras terendah hari ini di 109.54 selepas ujian peluru berpandu Korea Utara pagi tadi dan kini telah naik 120 pip ke 110.65.

Jepun adalah negara yang mempunyai kredit terbesar dunia dan pada masa ketidaktentuan pasaran, pelabur biasanya beranggapan dana-dana Jepun di luar akan di bawa masuk semula.

Masahi Murata, strategist matawang di Brown Brothers Harriman Tokyo berkata pasaran telah menjangka Korea Utara akan bertindak balas dengan sekatan terbaru oleh PBB terhadap mereka.

US dolar juga dijangka tidak berhadapan dengan kejatuhan yang banyak berbanding Yen selepas data inflasi merekod kenaikan yang memberangsangkan, tambah Murata.

“Jangkaan kenaikan kadar faedah US meningkat semula berbanding awal September lalu, yang menolak hasil-bon ke atas dan ini telah menyokong USD/JPY,” kata beliau. Hasil bon 10-tahun US ketika ini berada di sekitar 2.181 peratus, naik 12 mata asas sejak awal minggu ini.

Matawang Pound pula masih meneruskan kenaikan selepas daripada penetapan polisi monetari yang hawkish pada Khamis.

Berita terbaru juga menunjukkan, pentadbiran US tidak bimbang dengan inflasi dan lebih menyasarkan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat, seperti yang dikatakan sendiri oleh Steven Mnuchin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat