Sentimen Semasa Pasaran Forex Setakat Petang Ini

33

The Fed mengekalkan kadarnya di paras 1.00% dengan menyatakan pertumbuhan ekonomi suku pertama hanya sementara dan terus menyokong penguatan US dolar dengan Usd/Jpy kini semakin hampir dengan 113.00.

Pasaran saham Asia didagang rendah berikutan harga komoditi yang rendah dengan ASX200 susut 0.5%. Shanghai Komposit naik 0.2% dan HangSeng  susut 0.4%. Data Caixin sektor perkhidmatan China juga memberi kesan kepada pasaran Asia.

Di Eropah perkembangan pilihanraya Perancis menunjukkan Macron terus mendahului tinjauan sebanyak 63% berbanding Le Pen 34% selepas debat antara kedua-dua calon memperlihatkan Macron lebih meyakinkan.

US dolar kini lemah yang dapat dilihat dalam indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding enam matawang utama yang lain.

Usd/Jpy masih lagi kuku yang disokong oleh kenyataan The Fed dalam penetapan kadar faedah semalam.

Eur/Usd kini menguat selepas jatuh ke paras 1.0850 di mana ini merupakan paras signifikan. Penguatan Euro banyak disokong oleh perkembangan terkini pilihanraya Perancis yang menunjukkan Macron memenangi debat dengan Le Pen semalam dan meningkatkan sokongan kepada beliau dengan undian 63%. Kekuatan Euro juga dibantu oleh data positif Zon Eropah yang dikeluarkan petang tadi.

Gbp/Usd pula dikuasai sentimen negatif selepas Kesatuan Eropah mahu UK membayar 100 billion Euro sebagai yuran Brexit dan jatuh ke paras terendah petang tadi sebelum menguat semula yang disokong oleh data positif PMI sektor perkhidmatan.

Aud/Usd jatuh sejak sesi Rabu apabila laporan pendapatan syarikat berprofail tinggi di Australia kurang memberangsangkan dan juga harga komoditi yang mencapai paras terendah. Hal ini diburukkan lagi dengan data China PMI sektor perkhidmatan pagi tadi.

Nzd/Usd juga mendapat kesan daripada kelemahan dolar Australia disebabkan ‘regional factor‘ (faktor wilayah).

Komoditi emas masih gagal membuat pemulihan dan masih berada di paras terendah 6 minggu lalu selepas The Fed memberikan kenyataan yang lebih meyakinkan. Berikutan hal ini, potensi kenaikan kadar The Fed pada Jun naik dari 65% kepada 93% ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat