Sentimen Semasa Pasaran Forex: Tumpuan Kepada Data NFP Malam Ini
US dollar sedikit menguat selepas merekodkan kejatuhan yang besar pada Khamis berbanding beberapa matawang utama yang lain. Matawang greenback sejak beberapa minggu lalu membuat kenaikan yang meyakinkan, disokong oleh peningkatan Hasil-Bon 10-tahun Amerika Syarikat.
Tiada pemangkin jelas yang menyebabkan kelemahan US dollar pada Khamis dan ini hanyalah disebabkan tindakan pasaran yang berhati-hati terhadap data penting NFP pada pukul 8.30 malam ini. Jika data NFP pada Jumaat merekodkan bacaan yang positif terutamanya kepada kedua-dua data Non-Farm employment change dan Average earnings, kita bakal melihat US dollar menyambung kenaikannya.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.13% setakat pada pukul 2.56 petang pada Jumaat.
Major pair EUR/USD jatuh 0.20% dengan GBP/USD jatuh 0.10%. USD/JPY pula jatuh 0.06%, USD/CAD naik 0.05% dan USD/CHF naik 0.17%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kejatuhan 0.05% dan 0.38% setakat ini.
Matawang paling kuat setakat ini adalah Yen, manakala matawang paling lemah adalah NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/JPY setakat ini merekodkan kejatuhan sebanyak 0.44%.
Matawang Yen ketika ini mendapat sokongan dengan pemain-pemain pasaran ketika ini sedang berhati-hati terhadap event berisiko seperti rundingan dagangan AS-China dan juga data penting NFP pada Jumaat.
Matawang AUD ketika ini juga mendapat sokongan selepas kenyataan polisi RBA pada pagi tadi menunjukkan peningkatan unjuran inflasi-teras (core-inflation) kepada 2% daripada 1.75%. Namun, kenaikan AUD agak terbatas disebabkan data negatif Caixin sektor perkhidmatan China. Bukan AUD sahaja, NZD juga menerima tekanan yang lebih tinggi pada sesi Asia sehinggalah pada pembukaan pasaran London.