Sentimen Semasa Pasaran Global Selepas Pilihanraya Jepun

78

Kemenangan Perdana Menteri Shinzo Abe dalam pilihan raya telah memberi kesan kepada penyusutan matawang Yen. Yen menyusut ke paras terendah sejak Julai.

Para pelabur beranggapan kemenangan Abe ini akan memberi ruang kepada Bank Pusat Jepun (BOJ) untuk meneruskan pelonggaran polisi monetari (easing policy monetary) mereka yang menyebabkan hasil bon jatuh mendadak termasuk nilai matawang yen.

Namun saham Topix dan Nikkei 225 meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Manakala di Asia, ekuiti berada antara meningkat dan jatuh. Harga minyak meneruskan peningkatan selepas OPEC dan Non-OPEC bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran pada bulan September.

Abe berjaya memenangi 312 kerusi iaitu 2/3 majoriti kerusi parlimen. Program Abenomics telah menyebabkan matawang yen jatuh 20% sejak Abe mula memerintah pada bulan Disember 2012, manakala harga saham Nikkei 225 secara purata telah meningkat 100%.

Para pelabur turut memberi tumpuan terhadap perkembangan di Sepanyol. Parti pemisah dijangka akan mememui Perdana Menteri Mariano Rajoy selepas pemimpin negara tersebut hendak mencabut hak autoriti ke atas daerah Catalonia. Pada hari Sabtu, Rajoy telah membuat kenyataan bahawa beliau akan menyingkir semua pentadbiran parti pemisah di Barcelona dan mengambil semula pemerintahan.

Pada minggu ini terdapat beberapa isu penting akan berlaku :

1. Pakar ekonomi menjangkakan ekonomi U.S akan berkembang 2.5% setahun pada suku tahun ketiga. Laporan tersebut akan dikeluarkan pada hari Jumaat ini.

2. Pada hari Selasa, Australia akan mengeluarkan laporan inflasi suku tahun ketiga.

3. Bank Pusat Eropah dijangkakan mengumumkan pelan pembelian bon pada mesyuarat hari Khamis ini.

Kelemahan Yen dan pengukuhan US dolar menyebabkan USD/JPY naik 0.20%  setakat jam 3.05 p.m, mencapai harga ¥113.76. Sementara itu, Euro melemah selepas krisis perlembagaan Sepanyol menimbulkan kebimbangan terhadap kesatuan politik mereka dalam blok Eropah. Euro menyusut sebanyak 0.25% iaitu pada 1.1754 berbandig U.S dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat