Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Malam Ini

31

Nada yang berhati-hati dalam minit mesyuarat The Fed telah meyokong emas walaupun keuntungan yang direkod oleh komoditi ini terhad dengan US dolar mendapat sedikit sokongan hari ini.

FOMC menyatakan dalam minit mesyuaratnya bahawa adalah perlu untuk menunggu lebih banyak bukti petunjuk ekonomi di samping mengatakan kelemahan data baru-baru ini hanyalah sementara sebelum bank pusat menaikkan kadarnya semula. Ahli-ahli FOMC masih menjangka kelemahan semasa dalam data akan berlalu dan masanya akan tiba di mana adalah bersesuaian untuk menaikkan kadar faedah jika sasaran sebelum ini dapat dicapai.

Penilaian secara keseluruhan terhadap ekonomi hanya berubah sedikit berbanding mesyuarat sebelum ini dan adanya jangkaan bahawa perbelanjaan pengguna akan melonjak semula dalam bulan mendatang dengan asas ekonomi US yang mampan.

Nada minit kali ini adalah kurang hawkish daripada jangkaan pasaran dengan potensi kenaikan kadar pada Jun dan juga kekangan kepada kenaikan ini masih diambil kira. US dolar melemah sejurus laporan ini dikeluarkan.

Kombinasi antara kelemahan US dolar dan hasil bon yang rendah mencetuskan sokongan kepada emas dengan menguji semula paras $1260.

Namun, keadaan ketika ini lebih baik selepas risiko politik US semakin reda dengan permintaan terhadap aset safe haven sedikit berkurangan berbanding minggu lalu.

Dalam sesi Asia hari ini keadaan pasaran sedikit perlahan di mana US dolar mendapat sokongan berbanding enam matawang utama yang lain. Penguatan US dolar dapat dilihat apabila Eur/Usd terpantul dari paras resistance 1.1250.

Jumlah tuntutan insurans pengagguran (Jobless claims) bertambah sebanyak 2,000 tuntutan kepada 234,000 bagi minggu berakhir pada 19 Mei berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 232,000 tuntutan. Namun, data kali ini masih menunjukkan isyarat pengukuhan pasaran buruh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat