Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini

47

FOMC menyatakan dalam minit mesyuaratnya bahawa adalah perlu untuk menunggu lebih banyak bukti petunjuk ekonomi di samping mengatakan kelemahan data baru-baru ini hanyalah sementara sebelum bank pusat menaikkan kadarnya semula.

Ahli-ahli FOMC masih menjangka kelemahan semasa dalam data akan berlalu dan masanya akan tiba di mana adalah bersesuaian untuk menaikkan kadar faedah jika sasaran sebelum ini dapat dicapai.

Pasaran saham Asia majoriti didagang lebih tinggi berikutan prestasi positif di Wallstreet di mana S&P 500 mendapat keuntungan hari ke lima berturut-turut. ASX 200 di Australia naik 0.1% dan Nikkei 225 naik 0.4%. Nikkei hari ini juga dibantu oleh komen dari ahli BoJ Sakurai yang berkata adalah penting untuk mengekalkan pelonggaran polisi berikutan inflasi yang sederhana dan ketidaktentuan di luar negara.

Di China, indeks Shanghai Komposit naik 0.4% dan Hang Seng naik 0.6%.

Dalam pasaran tukaran matawang (forex), indeks US dolar melemah semula selepas memulih sedikit pada Selasa. Ini adalah disebabkan nada kenyataan minit mesyuarat The Fed yang kurang ‘hawkish‘ dari jangkaan dan telah menyebabkan US dolar melemah dengan Eur/Usd menguat semula dan kini didagang di sekitar 1.1233.

Gbp/Usd pula sedikit memulih selepas didagang rendah sejak dua hari lalu yang disebabkan serangan bom di Manchester.

Dalam pasaran komoditi, minyak mentah mencatatkan keuntungan awal dalam sesi Asia pada Khamis menjelang pertemuan OPEC dan beberapa pengeluar utama di Vienna disamping pasaran terus menjangkakan bahawa persetujuan untuk melanjutkan perjanjian pemotongan bekalan bakal dicapai di dalam mesyuarat terbabit.

Emas kembali mendapat momentum dalam sesi Asia pada Khamis apabila pelabur menilai laporan minit mesyuarat Fed bagi bulan Mei dalam nada yang kurang ‘hawkish‘ daripada jangkaan.

Di Amerika Syarikat, Fed Evans (pengundi, dovish) berkata kadar inflasi yang di bawah sasaran adalah “hasil polisi yang serius”. Ekonomi ketika ini berada pada kadar pengangguran 4.4% yang kembali kepada gunatenaga penuh (full-employment), namun inflasi masih bergerak di bawah sasaran The Fed sejak lapan tahun lalu, kata Evans. Katanya bank pusat boleh mencapai sasaran tersebut lebih awal jika mereka sedaya upaya mencapai obejektif tersebut.

Fed Kaplan (pengundi, neutral) berkata kadar faedah jangka panjang semakin hampir kepada 2% dan menegaskan ramalannya tiga kenaikan kadar tahun ini.

Pegawai Rusia dikatakan pernah membincangkan bagaimana untuk mempengaruhi kempen Presiden Trump tahun lalu menurut info dari ‘US Intelligence‘ pada 2016.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat