Sentimen Semasa Pasaran Kewangan Global Setakat Malam Ini

36

Wallstreet sedikit berubah dalam sesi dagangan Selasa dengan Nasdaq susut sedikit selepas capai rekod terbaru dengan pasaran sedang menunggu maklumat terbaru mesyuarat The Fed pada Khamis.

Walaupun pasaran tidak menjangka sebarang perubahan dalam polisi terutamanya kadar faedah, namun pelabur akan memberi perhatian kepada kenyataan The Fed bagi mendapatkan isyarat kenaikan kadar di masa hadapan.

“Dengan tiada seorangpun yang menjangka perubahan polisi, namun kenyataan polisi oleh The Fed akan memberikan halatuju kepada US dolar,” kata Hussin Sayed ketua penganalisis pasaran di FXTM.

“Adakah The Fed akan memperkatakan tentang pertumbuhan perlahan yang seterusnya akan mengurangkan jangkaan kenaikkan kadar pada 2017? Kenyataan The Fed akan menjawab persoalan ini, dan trader akan bertindak berdasarkan perkara itu.”

Pengukuhan pendapatan sektor korporat pada suku pertama telah mengurangkan kebimbangan kepada kelemahan data ekonomi, termasuk laporan pertumbuhan ekonomi US yang bertumbuh di paras terendah sejak tiga tahun lalu.

Setakat pukul 9.50 malam tadi, Dow Jones naik 0.03% di paras 20,919.05. S&P500 susut 0.06% ke paras 2386.88 dan Nasdaq merosot 0.11 peratus ke paras 6085.09.

Sentimen yang semakin baik dalam pasaran global dan juga kenaikan hasil bon global telah mengurangkan permintaan terhadap emas menjelang mesyuarat The Fed pada Khamis.

Selepas mendapat sokongan selepas data US ISM dikeluarkan pada Isnin, emas gagal capai harga 1270 dan jatuh mendadak menjelang penutup pasaran Eropah dengan US dolar mendapat semula kekuatan.

Hasil bon US meningkat pada Isnin selepas komen dari Mnuchin bahawa Perbendaharaan US sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan bon yang mempunyai kematangan lebih dari 30 tahun. Hasil bon 10-tahun US naik ke paras 2.30% di mana emas susut ketika itu.

Pasaran saham juga mengekalkan pengukuhan di mana kebimbangan terhadap ketegangan politik semakin reda dengan indeks volatiliti VIX capai paras terendah sejak 2007 yang menunjukkan keyakinan pasaran yang tinggi.

Usd/Jpy juga meneruskan kenaikan dengan sentimen yang semain baik di mana pasangan matawang ini berada di atas 112.00.

Secara keseluruhan, risiko dan trend US dolar akan terus diperhatikan oleh pasaran menjelang mesyuarat The Fed pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat