Sentimen Semasa Pasaran Kewangan Global Setakat Petang Ini

57

Majoriti pasaran saham di Asia didagang lebih tinggi dalam sesi dagangan terakhir minggu ini di tengah-tengah pekembangan positif polisi kesihatan US dan juga keuntungan di Wallstreet.

Dalam sesi Asia pasaran forex bergerak stabil dengan tiada sebarang pergerakan yang signifikan dalam pasaran.

Hari ini pasaran akan memberi tumpuan kepada data jualan runcit UK yang susut sebanyak 1.8% berbanidng jangkaan -0.3%, harga pengguna (cpi) Kanada, ucapan dari ahli ECB Saunders dan Praet.

Pasaran saham Asia mendapat kesan positif dari Wallstreet yang merekod keuntungan dalam sesi dagangan Khamis berikutan perkembangan positif polisi percukaian dan kesihatan US. ASX200 (+0.6%) disokong oleh prestasi menggalakkan dalam cari gali selepas kenaikan harga kuprum (copper) dan biji besi (iron-ore).

Nikkei 225 naik 0.8% berikutan penguatan US dolar berbanding Yen yang kembali diniagakan di atas 109.00 di mana Hang Seng juga catat kenaikan 0.1% dan Shanghai komposit naik 0.1%.

Di Eropah, tinjauan terkini pilihanraya Perancis yang dibuat oleh Elabe menunjukkan Macron mendapat sokongan 24%, Le Pen 21.5%, Fillon 21.5% dan Melenchon 19.5%. Menurut tinjauan tersebut juga menunjukkan Macron akan memenangi pilihanraya pada pusingan kedua.

Seorang anggota polis maut ditembak di Paris dan dua yang lain cedera dalam satu serangan ditengah ibu kota Paris malam tadi waktu tempatan. Serangan yang dijalankan sebelum proses pilihanraya Presiden di Perancis itu didakwa dilakukan oleh kumpulan militan Daish. Berikutan hal ini, Fillon mahu tarikh pilihanraya ditangguhkan.

Dalam pasaran forex, indeks US dolar kini didagang hampir dengan 100.00. Eur/Usd mendapat sedikit tekanan selepas serangan di Paris.

Manakala matawang Yen dilihat membuat ‘U-turn’ selepas menguat sepanjang dua minggu ini berikutan permintaan matawang ‘safe haven‘ dalam suasana risiko politik. Hal ini dapat dilihat di hampir kesemua pasangan matawang Yen dan matawang utama dunia yang lain.

Federal Reserve dikatakan akan mempergiatkan perbincangan ‘penyata imbangannya’ bersama pemain pasaran bagi mendapatkan gambaran sebenar impak perubahan polisi tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat