Sentimen Semasa Pasaran Minyak Mentah Global Setakat Ini

71

Harga pasaran minyak meneruskan peningkatannya hari ini selapas Arab Saudi berjanji akan mengurangkan pengeluaran minyaknya bulan depan kepada 6.6 juta tong sehari.

Kenaikan ini turut di sokong oleh amaran dari pengerusi Halliburton berkenaan kadar pertumbuhan pelantar di Amerika Utara yang tiada sebarang perubahan dan boleh memberi kesan kepada pengeluaran minyak di US.

Penanda aras pasaran ini, minyak Brent untuk penghantaran September telah naik 28 sen pada $48.88 setong setakat jam 2:30 petang selepas pasaran meningkat sebanyak 1.1% semalam. Manakala minyak West Texas Intermediate (WTI) pula meningkat 28 sen kepada $46.62.

Laporan mensyuarat OPEC/non-OPEC semalam menjelaskan pengurangan pengeluaran minyak kepada 1.8 juta tong sehari akan di teruskan selepas bulan Mac 2018 jika perlu.

Nigeria juga bersetuju untuk bersama menghadkan pengeluaran minyak kepada 1.8 juta tong sehari selepas tahap pengeluaran minyak mereka stabil. Nigeria kini telah berjaya mengeluarkan 1.7 juta tong sehari dan di kecualikan dari perjanjian.

OPEC juga menjelaskan simpanan minyak negara telah menurun sebanyak 90 juta tong daripada Januari hingga Jun, tetapi masih berada di atas purata 5 tahun simpanan pada 250 juta tong.

Tomomichi Akuta, pegawai kanan ekonomi di Mitsubishi UFJ Research and Consulting Tokyo berkata, “Walaupun kestabilan merupakan matlamat utama, namun pasaran masih tidak pasti jika simpanan akan jatuh mendadak untuk mencapai sasaran mereka”.

Menteri Tenaga Rusia Alexandera Novak menjelaskan, sekiranya semua syarat berjaya di patuhi 100%, penambahan 200 ribu tong sehari boleh di keluarkan dari pasaran.

Import minyak mentah dari Cina telah melebihi 8 juta tong sehari tahun ini ,dan di jangka akan meningkat dua kali ganda tahun depan, kata eksekutif Sinopec Group. Berdasarkan undian awal Reuters, simpanan minyak mentah US di jangka akan menurun 3 juta untuk minggu lepas menjelang data yang dikeluarkan API (American Petroleum Institute) pada Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat