Sentimen Semasa Pasaran Setakat Pembukaan Pasaran Eropah

72

Pasaran saham Eropah dibuka lebih tinggi pada Isnin di mana pasaran memulih daripada kenyataan polisi ECB (European Central Bank) baru-baru ini dengan pasaran terus meneliti impak ribut Irma ke atas ekonomi Amerika Syarikat.

Semasa dagangan pagi di Eropah, STOXX 600 naik 0.74% setakat pukul 4.03 petang. Indeks ini mengumpulkan 600 syarikat termasuk syarikat besar di 18 negara Eropah yang jika dikumpulkan modal pasaran mencecah sehingga 90% daripada pasaran saham Eropah yang tidak hanya terhad kepada Zon Eropah sahaja.

STOXX 50 iaitu indeks ‘blue chip’ di Eropah pula melonjak 1.09%. Indeks DAX30 di Jerman pula naik 0.83% di mana FTSE100 yang lebih banyak terdiri daripada syarikat-syarikat komoditi naik 0.57% setakat ini. CAC40 di Perancis pula melonjak 1.16%.

Matawang US dolar juga dilihat memulih setakat pukul 4.26 petang daripada kejatuhan minggu lalu dengan greenback mengukuh berbanding Yen, Swissy dan tidak lupa juga penyusutan emas yang membuat gap-down pagi tadi.

Pasaran ekuiti Eropah minggu lalu susut selepas ECB memberi isyarat tentang keputusan pengurangan rangsangan monetari berkemungkinan akan dibuat pada mesyuarat Oktober.

Dalam masa yang sama pasaran juga sedang meneliti perkembangan ribut Irma yang membadai Florida. Namun, pemain pasaran sedikit lega apabila impak daripada ribut ini tidak seburuk yang dijangka sebelum ini, di mana kajian yang dibuat menunjukkan kerugian daripada bencana adalah kurang daripada jangkaan.

Selain itu, pasaran juga bimbang dengan kemungkinan ujian peluru berpandu Korea Utara pada Sabtu, namun tiada ujian yang dibuat. Hal ini menambah lagi kelegaan pasaran.

Ketika ini pasaran hadapan tiga indeks utama Wallstreet juga menunjukkan kenaikan dengan S&P500, Dow Jones dan Nasdaq masing-masing didagang naik 0.46%, 0.48% dan 0.62%.

Maklumat terbaru untuk matawang euro juga menunjukkan ahli ECB Benoit Coeure mengatakan polisi akan kekal akomodatif dalam tempoh yang lama. Beliau juga mengatakan kesan luaran kepada kadar tukaran matawang akan menyebabkan pengetatan dalam pasaran kewangan dan memberi kesan negatif kepada inflasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat