Sentimen Semasa: US Dolar Jatuh, Minyak Terus Naik, Emas Ambil Kesempatan Atas Kelemahan Dolar

631

US dolar jatuh semula pada Khamis berbanding matawang-maatawang utama yang lain apabila matawang Euro melonjak disebabkan laporan minit mesyuarat ECB yang berbaur ‘hawkish’.

Pasangan matawang EUR/USD melonjak lebih dari 100 pip sejak pukul 8.30 malam tadi.

Pengukuhan matawang Euro bukan saja dilihat berbanding US dolar tetapi juga berbanding matawang utama yang lain seperti Sterling, Swissy dan Aussie.

EUR/JPY melonjak lebih dari 100 pip, EUR/GBP naik 60 pip, EUR/AUD naik hampir 130 pip dan EUR/NZD melonjak hampir 140 pip.

Matawang Euro melonjak apabila pegawai-pegawai ECB yang bermesyuarat menyatakan perubahan terhadap panduan (guidance) harus dibuat secara beransur-ansur bermula awal tahun ini. Dengan ini, kita berkemungkinan akan melihat perubahan panduan (guidance) dalam komunikasi ECB tentang polisi monetari khusunya program pembelian bon ketika ini pada awal tahun 2018.

Indeks US dolar yang mengukuar kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.51% setakat pukul 10.55 malam pada Khamis disebabkan pengukuhan matawang Euro.

Antara sentimen yang membantu kejatuhan US dolar adalah data kurang memberangsangkan dari Amerika Syarikat iaitu bacaan harga pengeluar (PPI) dan jumlah tuntutan pengangguran (jobless claims).

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah dunia meneruskan kenaikan pada Khamis dan kini WTI (West texas Intermediate) mencapai paras harga $64.40 setong dalam pasaran spot. Kenaikan sedikit sebanyak telah disokong keyakinan terhadap kemerosotan inventori di Amerika Syarikat.

Harga minyak mentah telah membuat kenaikan sehingga 13% berikutan pemotongan bekalan oleh negara-negara pengeluar minyak mentah OPEC sehingga Disember 2018.

Harga emas dalam pasaran niaga-hadapan Comex naik 0.31% kepada $1,323.40 setakat pukul 11.06 malam selepas US dolar membuat penurunan hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat