Sentimen Terkini Bagi Pair EUR/USD Adalah Pilihanraya Itali dan Tariff

1,649

Pair EUR/USD seperti biasa menjadi perhatian trader pada Isnin dengan pemain pasaran sedang menunggu keputusan rasmi pilihanraya Itali. Pair EUR/USD bergerak agak mendatar (sideway) hari ini di mana trader dan pelabur sedang berhati-hati menunggu keputusan rasmi itu.

Undian di Itali masih dalam proses pengiraan, dengan perkembangan terkini menunjukkan parti yang paling banyak mendapat undian memerlukan gabungan untuk membentuk kerajaan.

Kebimbangan pasaran adalah terhadap parti yang mendahului iaitu ‘5 star movement’ yang berideologi anti-EU, kerana ia berpotensi membawa Itali keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Selain itu, pasaran bimbang dengan rundingan gabungan kerajaan yang berkemungkinan berpanjangan seterusnya menyebabkan pembentukan kerajaan Itali tertangguh dalam tempoh yang lama.

Dari segi matawang Euro, pasaran akan terus fokus kepada keputusan pilihanraya Itali. Bagi US dolar, tumpuan adalah kepada ‘perang perdagangan’ selepas Trump mengumumkan tariff terhadap import keluli minggu lepas.

US dolar pada hari ini berhadapan denga situasi sukar untuk mengukuh dengan pasaran bimbang terhadap potensi ‘perang perdagangan’ terutamanya dengan China. Kesatuan Eropah sebelum ini memberi respon sama dengan apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat di mana ‘mereka mahu mengenakan cukai import terhadap barang-barangan Amerika Syarikat’.

Sila beri perhatian kepada dua event ini (Itali dan tariff) kerana ia akan mendominasi pergerakan EUR/USD dalam masa terdekat. Namun, data-data ekonomi juga perlu diberi perhatian dengan kedua-dua Amerika dan EU akan mengeluarkan data-data ekonomi penting sepanjang minggu ini.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat