Sentimen Terkini Keseluruhan Pasaran Forex Pada Awal New York Open

367

Matawang safe-haven Yen dan CHF meneruskan penurunan sepanjang separuh pertama sesi Eropah dan kedua-dua matawang ini kekal lemah pada awal sesi New York. Sebaliknya, matawang berkadar faedah tinggi dan matawang komoditi (CAD, AUD dan NZD) pula menjadi antara matawang yang paling kuat ketika ini.

Sementara itu, matawang greenback didagangkan positif pada hari ini dengan matawang komoditi terus membuat kenaikan.

US dollar dilihat didagangkan mendatar berbanding beberapa matawang utama yang lain dengan indeks US dollar setakat ini hampir tidak berubah. Indeks yang mengukur kekuatan matawang greenback ini hanya naik 0.05% setakat pada pukul 9.08 malam.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.05% dengan GBP/USD didagang 0.20% lebih tinggi. USD/JPY setakat ini pula naik 0.43%, USD/CAD susut 0.39% dengan USD/CHF membuat kenaikan 0.30%. Pair AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing meningkat 0.48% dan 0.27% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah AUD dan matawang paling lemah adalah JPY dan CHF. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/JPY dan AUD/CHF masing-masing merekodkan kenaikan 0.88% dan 0.78% setakat pada pukul 9.10 malam.

Dalam perkembangan sepanjang sesi Eropah, ahli The Fed Loretta Mester mengatakan beliau menyokong kepada dua lagi kenaikan kadar faedah tahun ini.

Euro dan GBP juga adalah matawang yang merekodkan kenaikan pada Khamis. Euro didorong oleh minit mesyuarat ECB yang dikeluarkan pada pukul 7.30 petang tadi. Minit menegaskan bahawa amaun pembelian bon akan dikurangkan dan berakhir pada Disember.

Dalam perkembangan Brexit, kerajaan Britain telah mengeluarkan ‘White Paper’ iaitu perancangan Brexit terhadap hubungan antara Britain dan Kesatuan Eropah di masa hadapan. Ia juga telah menyebabkan lonjakan kepada matawang GBP sebentar tadi kerana ia dilihat memberi faedah kepada Britain dan cenderung kepada Soft-Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat