Sentimen Terkini Matawang Euro: Politik Itali dan Sepanyol

606

Matawang Euro membuat kenaikan pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap politik Itali yang semakin reda dengan usaha baru untuk membentuk kerajaan.

Antara penyebab kepada kejatuhan matawang Euro sejak daripada beberapa minggu lalu adalah kebangkitan kerajaan anti-Euro di Itali yang berpotensi memberi impak besar kepada keseluruhan ekonomi di Zon-Eropah memandangkan Itali adalah ekonomi ketiga terbesar di rantau itu.

Kini kebimbangan terhadap pilihanraya semula di Itali semakin berkurangan apabila terdapat usaha berterusan untuk mebentuk kerajaan.

Kenaikan matawang Euro pada Rabu berlaku selepas komen yang disampaikan oleh Perdana Menteri Carlo Cottarelli tentang potensi adanya kerajaan dari pihak politik. Kini Itali dipimpin oleh Cottarelli bukan ahli dari parti politik sebaliknya seorang teknokrat yang dipilih oleh Presiden Itali.

Komen itu telah meredakan kebimbangan terhadap adanya pilihanraya semula di Itali.

Walaupun matawang Euro membuat rally sejak daripada Rabu, namun pasaran akan terus berhati-hati dengan perkembangan politik di Itali.

Sehingga kini matawang Euro dijangka merekodkan kejatuhan bulanan terbesar dalam tempoh tiga tahun. Bukan politik Itali sahaja yang menjadi penyebab kepada kejatuhan Euro tetapi juga disebabkan oleh data ekonomi yang kurang memberangsangkan dan juga usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri Sepanyol.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat