Sentimen Terkini Matawang Sterling, GBP/USD Volatile 100 Pip

68

Pound (GBP) masih bergerak tidak menentu di mana para pelabur kekal bimbang dengan sebarang kemungkinan rundingan Brexit.

Rundingan antara Britain dan Kesatuan Eropah (EU) gagal pada Isnin selepas parti DUP menggagalkan perjanjian sempadan Ireland yang merupakan perkara akhir yang perlu dipersetujui bagi melengkapkan perjanjian. Ahli parlimen DUP menolak usul sempadan terbukan antara Ireland dan Ireland Utara.

Ahli DUP itu berkata mereka hanya melihat usul tersebut pada saat akhir.

Kebimbangan terbesar terhadap perkara ini adalah ia akan menjadikan Ireland Utara lebih rapat dengan EU berbanding Britain.

Laporan mengatakan Theresa May akan menawarkan perjanjian baru kepada DUP dan Kerajaan Ireland hari ini agar kedua-dua pihak bersetuju terhadap perjanjian sempadan tersebut.

Kerajaan UK dilihat begitu optimis dapat menyelesaikan isu sempadan itu, tetapi masih ramai pemain pasaran kekal bimbang dengan perkara ini.

Apa yang menambah kepada kebimbangan ini adalah apabila Michel Barnier (Ketua perunding EU) mengenakan tempoh masa 48 jam kepada UK dengan menyatakan kegagalan untuk mencapai kata sepakat sehingga hujung minggu ini akan menyebabkan rundingan dagangan ditangguhkan sehingga tahun depan.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat