Sentimen Terkini Pasaran : AUD Matawang Terkuat Yen Paling Lemah

424

US dollar melemah pada Selasa walaupun menjadi matawang terkuat dalam sesi dagangan hari Isnin. Tiada berita atau pemangkin jelas yang menyebabkan kelemahan greenback setakat ini di mana matawang Euro bergerak mendatar selepas isu dalam gabungan kerajaan Jerman selesai.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang lain membuat kejatuhan sebanyak 0.21% setakat pada pukul 2.52 petang.

Major pair  seperti EUR/USD setakat ini naik 0.05% dengan GBP/USD naik 0.02%. USD/JPY setakat ini pula naik 0.13%, USD/CAD susut 0.04% dengan USD/CHF naik 0.06%. Pair AUD/USD menguat sehingga 0.49% dengan pair NZD/USD hampir tidak berubah setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini AUD dan matawang paling lemah JPY. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/JPY naik sehingga 0.60%.

Matawang tunggal Euro tertekan pada Isnin apabila menteri dalam negeri Jerman Seehofer mengancam untuk meletakkan jawatan. Namun, isu selesai apabila kedua-dua parti gabungan CSU dan CDU mencapai perjanjian dalam isu pendatang haram.

US dollar sejak akhir-akhir ini sering mendapat permintaan apabila tercetusnya sentimen berisiko (Risk-Off). Kenaikan greenback sering dilihat berikutan kebimbangan pasaran terhadap isu perdagangan, lebih-lebih lagi apabila matawang komoditi jatuh disebabkan sentimen berisiko seperti ini.

Dalam masa yang sama, Yuan kekal volatile (turun-naik) dengan pasaran masih meneliti perkembangan hubungan dagang kedua-dua ekonomi terbesar dunia. Amerika Syarikat juga secara rasmi akan mengenakan tariff $34 billion terhadap produk China pada 6 Julai 2018.

Antara yang menjadi tumpuan pada Selasa adalah penetapan polisi monetari RBA pukul 12.30 tengah hari tadi. Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% dan sedikit yakin dengan perkembangan ekonomi di negara itu. Dollar Aussie menguat selepas pengumuman polisi sebentar tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat