Sentimen Terkini Pasaran Forex Dalam Pembukaan Pasaran Eropah

39

Usd/Jpy masih gagal menembusi paras 110.00 sekurang-kurangnya untuk ketika ini. Matawang Gbp masih dalam keadaan sideways khususnya Gbp/Usd.

Fokus hari ini akan tertumpu kepada data pekerjaan ADP-NFP dan minit mesyuarat The Fed. Pengerusi Janet Yellen sebelum ini dilihat konsisten dalam mengingatkan pasaran bahawa bank pusat adalah ‘data-dependant‘ (bergantung kepada data) yang telah menyebabkan US dolar melemah beberapa minggu lalu.

Ketika ini kita melihat Usd/Jpy sedang cuba menguji paras 110.00, yang banyak disebabkan oleh kejatuhan pasaran ekuiti AS baru-baru ini dan sikap mengelak risiko (risk-averse) pelabur dalam pasaran ekuiti.

Hasil bon 10-Tahun AS kini kembali ke paras 2.35% pada awal pembukaan pasaran Eropah dan sekali lagi terselamat dari kejatuhan di bawah paras 2.30%.

Mesyuarat European Central Bank, ECB bulan lalu menggambarkan pendirian yang sedikit hawkish berbanding sebelum itu yang dilihat sedikit mengancam polisi akomodatif  ECB. Draghi pada Selasa memberi komen berhati-hati yang dilihat memperbaharui pendirian ‘dovish‘ ECB.

Harga kuprum (copper) meningkat lagi  dan menambah permintaan kepada dolar Aussie (Aud/Usd) di 0.7540. Kenaikan yang agak perlahan ini berikutan pemulihan dalam harga komoditi besi. Begitu juga yang boleh diperkatakan kepada dolar Kanada dan minyak WTI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat