Sentimen Terkini Pasaran Forex : Euro Matawang Terkuat, AUD Paling Lemah

453

US dollar kekal lemah pada awal dagangan sesi Eropah pada Khamis selepas merekodkan penurunan pada sesi dagangan sebelumnya. Matawang Euro dilihat meneruskan kenaikan pada hari ini yang masih dipacu oleh komen hawkish beberapa ahli European Central Bank (ECB) semalam.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.32% setakat pada pukul 3.23 petang

Major pair EUR/USD membuat kenaikan sebanyak 0.38% dengan GBP/USD naik 0.33%. USD/JPY  setakat ini membuat penurunan 0.19%, USD/CAD pula hampir tidak berubah dengan hanya merekodkan kenaikan 0.02%. USD/CHF menguat 0.38%. Pair AUD/USD susut 0.18% dengan NZD/USD naik 0.33%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Euro, manakala matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair EUR/AUD naik 0.56% setakat pada pukul 3.25 petang.

Apa yang menyebabkan tekanan kepada US dollar adalah kebimbangan pasaran terhadap perang perdagangan. Mexico pada Rabu mengumumkan akan mengenakan $3 billion tariff terhadap import Amerika Syarikat sebagai tindak balas tariff aluminium dan keluli.

Pasaran ketika ini akan meneliti retorik yang akan dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin G7 pada 8 dan 9 Jun di Kanada. Tredeau perdana menteri Kanada berkata pada Khamis bahawa perjumpaan dengan Trump pada hujung minggu ini adalah sesuatu yang sukar.

Apa yang menyebabkan kejatuhan AUD pada Khamis adalah data imbangan perdagangan (trade balance) yang merekodkan prestasi kurang memberangsangkan. Lebihan dagangan (trade surplus) merekodkan bacaan kurang daripada jangkaan dengan A$977 juta berbanding jangkaan lebihan A$1.73 billion. AUD jatuh mendadak selepas data ini dikeluarkan pada pukul 9.30 pagi tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat