Sentimen Terkini Pasaran Forex : Euro Matawang Terkuat, JPY Paling Lemah

523

US dollar melemah pada awal sesi dagangan hari Isnin dengan matawang safe-haven juga turut melemah pada awal sesi Eropah. Pasaran tertumpu kepada mesyuarat negara G7 pada Sabtu dan Ahad dengan Presdien Trump meninggalkan perhimpunan itu lebih awal dan tidak membuat kenyataan media bersama negara yang lain.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.09% setakat pada pukul 2.58 petang.

Major pair EUR/USD membuat kenaikan sebanyak 0.31% dengan GBP/USD naik 0.14%. USD/JPY  setakat ini membuat kenaikan 0.43%, USD/CAD pula naik 0.36% dengan USD/CHF naik sehingga 0.09%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing menguat sebanyak 0.12% dan 0.04%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Euro dan GBP , manakala matawang paling lemah adalah JPY. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair EUR/JPY dan GBP/JPY masing-masing melemah sebanyak 0.79% dan 0.60%.

Perjumpaan negara G7 di Kanada berakhir dengan Trump meninggalkan mesyuarat itu lebih awal dan seterusnya mengkritik Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau.

Trump ketika ini telah tiba di Singapura di mana beliau dijadualkan akan bermesyuarat dengan Kim Jong-Un pada Selasa.

Matawang Yen melemah dengan mendadak apabila pasaran melihat mesyuarat Trump dengan Jong-Un pada Selasa dijangka berjalan lancar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat