Sentimen Terkini Pasaran Forex: Hasil Perjumpaan Trump-Kim

984

Matawang US dolar meneruskan pengukuhan kepada paras tertinggi 3 minggu berbanding yen selepas Presiden U.S., Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menandatangani surat “komprehensif” pada sidang kemuncak bersejarah yang bertujuan denuclearization semenanjung Korea.

Menurut Trump, pertemuan di Singapura itu telah berjalan lebih baik dari jangkaan dan beliau menjangkakan proses denuclearization akan bermula lebih cepat dari jangkaan.

Pertemuan itu merupakan satu peristiwa penting bagi pasaran dunia selepas beberapa bulan kedua-dua negara tersebut saling bertelingkah dan menimbulkan ketegangan disebabkan n program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara. US mengkhuatiri tujuan membangunkan peluru berpandu nuklear tersebut mampu disasarkan ke Amerika Syarikat.

US dolar mengukuh ke paras tertinggi sejak Mei 23 iaitu pada 110.495 yen.

Kebiasaanya matawang yen disimpan seabagai safe haven semasa ketegangan politik dan kegawatan pasaran. Namun pengukuhan US dolar berbanding matawang yen ini mencerminkan keyakinan pasaran bahawa persidangan ini akan membuka pintuk kepada denuclearization.

Menurut penganalisis hasil perjumpaan Trump-Kim telah menghasilkan sentimen yang positif.

Kini tumpuan diberikan pada perjumpaan The Fed bermula Jun 12 dan dijangka akan meningkatkan lagi kadar faedah buat kali kedua pada tahun ini. Tumpuan utama, adakah bank pusat akan memberi indikasi tentang peningkatan kadar faedah sebanyak 4 kali pada tahun 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat