Sentimen Terkini Pasaran Forex Menjelang New York Open

497

Matawang US dollar jatuh secara keseluruhan semasa sesi New York hari Rabu sebelum perjumpaan antara Trump-Juncker yang bersetuju mengurangkan ketegangan perdagangan antara AS-EU.

Hari ini matawang greenback membuat sedikit pemulihan apabila sentimen beralih kepada Risk-Off disebabkan halangan China terhadap pengambil-alihan syarikat oleh Qualcomm yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.07% setakat pada pukul 8.24 malam.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.14% di mana GBP/USD susut sebanyak 0.11%. USD/JPY setakat ini pula jatuh sebanyak 0.09%, USD/CAD naik 0.01% dengan USD/CHF didagangkan hampir tidak berubah susut 0.02%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kejatuhan 0.51% dan 0.32% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Yen dan matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang AUD/JPY membuat kejatuhan sehingga 0.59% setakat ini.

Dengan keadaan pasaran yang agak berisiko, JPY sebagai safe-haven mendapat permintaan sejak sesi Asia dan mengekalkan kedudukan sebagai matawang terkuat menjelang sesi New York.

Antara berita utama pada Khamis adalah penetapan dasar moentari ECB pada pukul 7.45 malam tadi, dengan sidang media Mario Draghi ketika ini sedang berjalan.

ECB mengekalkan dasar monetarinya pada Khamis seperti yang dijangka oleh pasaran. Kadar faedah juga dikekalkan sejajar dengan jangkaan di mana kadar pembiayaan pada kadar 0.00% dan kadar deposit kekal pada paras -0.40% sekurang-kurangnya sehingga musim panas tahun hadapan.

Matawang CAD pula banyak mendapat manfaat daripada peningkatan harga minyak mentah dunia selepas potensi gangguan bekalan dari Arab Saudi dan juga pengurangan inventori di Amerika Syarikat dalam data yang dikeluarkan semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat