Sentimen Terkini Pasaran Forex Menjelang Pengumuman Data NFP

760

Dolar naik berbanding Yen pada Jumaat apabila risiko Korea Utara semakin berkurangan selepas penerimaan Presiden Trump dalam potensi pertemuan dengan Kim Jong Un dilihat positif.

Seorang utusan Korea Selatan berkata di Washington bahawa Trump menyatakan kesanggupannya, dengan Kim telah menyatakan komitmen untuk menghentikan program nuklearnya.

Kedua-dua Nikkei dan USD/JPY melonjak tinggi selepas berita positif Korea Utara dan meningkatkan semula citarasa kepada risiko (risk-appetite). Pair USD/JPY naik 0.6 peratus kepada pada awal sesi Asia pagi tadi dan kini sedikit merosot daripada paras tertinggi. Nikkei pula ditutup 0.49% lebih tinggi pada Jumaat.

Sentimen semasa pasaran dilihat menjadi semakin baik, dan aliran ke matawang safe-haven seperti biasa akan berkurangan seperti yang kita lihat ketika ini dengan kejatuhan Yen.

Dolar A.S. jatuh ke paras terendah 16 bulan lalu berbanding yen pada akhir minggu lalu berikutan kebimbangan terhadap perang perdagangan selepas Trump mula-mula sekali mengumumkan pengenaan cukai import terhadap keluli dan aluminium.

Euro menanggung kerugian yang begitu banyak selepas jatuh pada hari Khamis apabila Presiden ECB Mario Draghi mengakui inflasi serantau masih lemah dan peningkatan proteksionisme adalah risiko. EUR/USD jatuh sehingga 150 pip selepas pada Khamis.

Para pemain pasaran akan mengalihkan perhatian kepada pengumuman data NFP Amerika Syarikat yang ditunggu-tunggu setiap bulan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat