Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal London Open

459

Selepas pengukuhan matawang safe-haven (Yen dan Swissy) pada Rabu, kini kedua-dua matawang ini dilihat melemah pada sesi dagangan Khamis. Sebaliknya, matawang berkadar faedah tinggi (AUD dan NZD) pula sedang membuat pemulihan ketika ini.

Tiada data ekonomi penting yang dikeluarkan pada sesi Asia hari Khamis, oleh itu pasaran hari ini akan memberi tumpuan kepada perkembangan dalam sesi London dan New York.

Melihat kepada pergerakan pasaran ketika ini, pasaran sedikit reda daripada kebimbangan perang perdagangan selepas ancaman tariff AS sebanyak $200 billion. Buktinya dilihat kepada peningkatan indeks utama saham Asia.

US dollar dilihat didagangkan mendatar berbanding beberapa matawang utama yang lain dengan indeks US dollar setakat ini hampir tidak berubah. Indeks yang mengukur kekuatan matawang greenback ini hanya susut 0.02% setakat pada pukul 2.46 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.06% dengan GBP/USD didagang 0.05% lebih tinggi. USD/JPY setakat ini pula naik 0.23%, USD/CAD susut 0.06% dengan USD/CHF membuat penurunan 0.05%. Pair AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing meningkat 0.23% dan 0.06% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah AUD dan matawang paling lemah adalah JPY. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/JPY merekodkan kenaikan 0.47% setakat pada pukul 2.50 petang.

Dengan sentimen pasaran yang positif ketika ini, seperti biasa matawang AUD yang paling banyak membuat penurunan pada Rabu sedang memulih. Peningkatan oleh AUD sehingga menjadikan ia matawang terkuat pada hari Khamis.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat