Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal London Open – Hasil Bon Amerika

613

US dollar mencapai paras tertinggi tiga bulan lalu berbanding beberapa matawang utama pada Selasa yang banyak disokong oleh peningkatan Hasil-Bon 10-tahun AS (US 10-yr Treasury Yields) ke arah paras signifikan 3%.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.08% setakat pada pukul 2.46 petang.

Major pair EUR/USD naik 0.03% dengan GBP/USD susut 0.01% setakat ini. USD/JPY pula naik 0.11%, USD/CAD susut 0.09% dan USD/CHF jatuh 0.04%. AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing naik 0.01% dan susut 0.05%. Tidak banyak perubahan kepada major pair setakat pada lewat sesi Asia hari ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah CAD dan yang paling lemah adalah NZD dan Yen. NZD/CAD setakat ini jatuh 0.65% dengan CAD/JPY naik 0.18%.

Hasil-Bon 10-tahun AS kini berada di sekitar 2.964% menjelang pembukaan pasaran Eropah. Selain itu, hasil bon jangka pendek juga membuat kenaikan dengan Hasil-Bon 2-Tahun AS mencapai paras tertinggi 2.483% yang pernah dicapai pada September 2008.

Peningkatan ini menyebabkan perbezaan hasil-bon Amerika-Jepun dan Amerika-Jerman menjadi semakin besar disebabkan peningkatan hasil-bon di Amerika Syarikat. Hal ini sekaligus menyebabkan matawang Yen dan Euro melemah sejak daripada semalam.

Bukan itu sahaja, peningkatan hasil di AS juga telah menyebabkan matawang Ringgit jatuh pada Isnin. Ia telah menyebabkan pasaran bon negara-negara baru membangun (emerging market) kurang menarik termasuk negara-negara di Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat