Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Asia Hari Khamis

648

US dollar bergerak di sekitar paras terendah tujuh minggu yang lalu berbanding beberapa matawang utama yang lain dengan penganalisis berpendapat permintaan safe-haven berkurangan disebabkan kadar tariff yang dikenakan oleh kedua-dua AS-China kurang daripada jangkaan.

Matawang yang paling banyak bergerak pada sesi dagangan hari Rabu ialah GBP dengan Sterling jatuh dari paras tertinggi dua bulan berikutan kebimbangan pasaran terhadap rundingan Brexit. Baca di sini berkaitan kejatuhan matawang GBP semalam.

Dalam masa yang sama matawang NZD melonjak pada awal pagi Khamis ke paras tertinggi tiga minggu yang lalu selepas data merekodkan bacaan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.06% setakat pada pukul 10.34 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.07%, di mana GBP/USD didagang tidak berubah setakat ini. USD/JPY pula merosot sebanyak 0.12%, dengan USD/CAD turut didagang tidak berubah. USD/CHF pula membuat penurunan 0.03%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat penurunan 0.03% dan peningkatan 0.42%.

Matawang paling kuat setakat ini adalaha Kiwi (NZD), manakala matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan kedua-dua matawang, pair AUD/NZD merekodkan penurunan 0.46% setakat ini.

Dalam perkembangan perang dagang AS-China, kedua-dua negara dilihat meletakkan kadar dan amaun tariff yang lebih rendah. Amerika Syarikat seperti yang diketahui telah mengenakan tariff terhadap $200 billion produk China, tetapi pada kadar yang lebih rendah 10% sebelum dinaikkan dari masa ke semasa. China pula mengemukakan tariff $60 billion sebagai tindak-balas terhadap AS yang mana lebih kecil daripada amaun $200 billion.

“US meletakkan kadar yang rendah menunjukkan ia memberi sedikit kelonggaran kepada China. Umumnya, pasaran berharap kedua-dua pihak akan meneruskan rundingan dan mengelakkan tariff pusingan seterusnya,” demikian kata Yukio Ishizuki, strategist matawang di Daiwa Securities.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat