Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Asia Hari Rabu

497

US dollar bergerak di sekitar paras tertinggi satu bulan yang lalu berbanding beberapa matawang utama yang lain pada Rabu dengan kebimbangan ketika ini terarah kepada perkembangan politik Itali sekaligus memberi tekanan kepada matawang Euro.

Greenback menguat dengan Euro melemah selepas ahli politik Itali berkata semua masalah akan dapat diselesaikan jika mereka kembali kepada matawang mereka sendiri.

Untuk pengetahuan anda, kerajaan Itali baru sahaja memuktamadkan bajet 2019 tetapi perancangan bajet mereka berkemungkinan akan ditolak oleh Kesatuan Eropah. Di Maio iaitu pemimpin parti campuran terbesar dalam kerajaan pula berkata mereka tidak akan mengalah terhadap bajet yang telah dirancang. Beliau juga menyalahkan pemimpin Perancis dan Jerman yang mahukan kerajaan Itali gagal.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain bergerak mendatar setakat pada pukul 9.46 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.04%, di mana GBP/USD didagang susut 0.08%. USD/JPY pula jatuh 0.09%, dengan USD/CAD didagang 0.04% lebih tinggi. USD/CHF pula didagang tinggi 0.07%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat penurunan 0.25% dan 0.30%.

Dengan risiko di Eropah ketika ini, seperti biasa matawang Yen mendapat permintaan di mana ia menguat terutamanya berbanding Euro, US dollar dan Aussie.

“Kejatuhan terhadap Euro berikutan ketidaktentuan di Itali telah mengukuhkan US dollar. Namun, kenaikan US dollar sebahagian besarnya banyak disumbang oleh kenaikan kadar faedah Fed baru-baru ini,” demikian kata Junichi Ishikawa, ketua strategist matawang di IG Securities Tokyo.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat