Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Dagangan Selasa

572

US dollar membuat kenaikan berbanding matawang utama yang lain pada Selasa menjadi matawang safe-haven pilihan pasaran berikutan ketidaktentuan rundingan Brexit dan juga isu bajet Itali. Kedua-dua isu ini menjadi perhatian pasaran ketika ini dan menyebabkan pelabur beralih daripada Sterling dan Euro.

Perdana Menteri Theresa May pada Isnin berkata kebanyakan isu dalam perjanjian Brexit telah dipersetujui, tetapi tetap bertegas tidak boleh menerima permintaan EU terhadap sempadan Ireland.

Dengan hanya tinggal lima bulan sebelum UK keluar daripada EU, rundingan sekali lagi tersekat pada isu sempadan di Ireland. EU meminta supaya tiada ‘hard-border’ di Ireland jika perjanjian perdagangan tidak dicapai dalam masa terdekat.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain bergerak mendatar setakat pada pukul 10.12 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.02%, di mana GBP/USD didagang naik 0.02%. USD/JPY pula susut 0.17%, dengan USD/CAD didagang 0.09% lebih rendah. USD/CHF pula didagang meningkat 0.03%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat penurunan 0.14 dan 0.26% setakat ini.

“Risk-aversion (sentimen berisiko) adalah cerita pasaran pada Isnin bersama dengan pengukuhan US dollar. Kelemahan matawang Euro juga adalah disebabkan risiko Brexit,” demikian kata Sim Moh Siong, penganalisis matawang di Bank of Singapore.

Ketika ini pasaran menjangka ketidaktentuan akan berterusan di Itali terhadap perancangan bajet mereka. Jumaat lepas, Moody’s telah menurunkan penarafan terhadap kredit di Itali tetapi mengekalkan jangkaan ekonomi di paras yang stabil.

Sentimen berisiko berkemungkinan akan menyebelahi US dollar beberapa hari akan datang. US dollar juga menguat berbanding Yen.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat