Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Asia Hari Selasa

576

US dollar mengukuh berbanding majoriti matawang utama yang lain pada awal sesi Asia hari Selasa menjelang mesyuarat FOMC yang berlangsung pada Rabu selama dua hari sebelum hasil perbincangan diumumkan kepada khalayak pada Khamis pukul 2 pagi. Pasaran secara keseluruhan menjangka kadar faedah The Fed akan dinaikkan kepada 2.25%.

Euro pula menjadi perhatian pada sesi dagangan Isnin kerana menjadi matawang paling banyak bergerak di mana ia membuat lonjakan disebabkan komen yang dikeluarkan oleh Presiden ECB, Mario Draghi.

Matawang Euro menguat berbanding matawang utama yang lain dengan EUR/USD naik sehingga 65 pip pada awal sesi New York, manakala EUR/AUD, EUR/NZD dan EUR/JPY masing-masing rekod kenaikan lebih daripada 70 pip semalam berikutan komen oleh beliau.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain meningkat 0.20% setakat pada pukul 10.31 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.11%, di mana GBP/USD didagang susut 0.10%. USD/JPY pula naik 0.06%, dengan USD/CAD turut didagang meningkat 0.08%. USD/CHF pula membuat kenaikan 0.15%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat penurunan 0.18%.

Dalam perkembangan perang-dagang, kedua-dua China dan Amerika telah mengenakan tariff baru masing-masing dengan tiada tanda isu itu semakin reda. Amerika Syarikat sebelum ini telah menjemput delegasi China bagi merundingkan perdagangan, namun ditolak oleh China selepas AS mengenakan tambahan $200 billion tariff kepada mereka.

“Walau dengan ketegangan perdagangan AS-China, ekonomi Amerika Syarikat dilihat baik. Oleh sebab itu, Fed meneruskan proses pengetatannya,” demikian kata Masafumi Yamamoto, ketua strategist matawang di Mizuho Securities.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat