Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

506

Matawang US dolar menyusut pada hari Isnin, jatuh daripada paras yang dikecapi pada minggu lepas berikutan kembimbangan pasaran terhadap perang perdagangan antara U.S-China dan diikuti oleh data yang menunjukkan ekonomi U.S mencipta peluang pekerjaan yang paling sedikit dalam tempoh 6 bulan pada bulan Mac.

Indeks US dolar melemah pada sesi dagangan asia kepada paras 89.86 berbanding paras tertinggi 1 bulan iaitu pada 90.597 setakat jam 9.50 a.m

US dolar juga menyusut berbanding matawang safe-have yen dan Swiss franc pada hari Jumaat berikutan komentar China yang menyebabkan perang perdagangan lebih tegang.

China memberi amaran pada hari Jumaat bahawa, China telah bersedia sepenuhnya untuk membuat serangan balas terdahap ukuran perdagangan jika President Donald Trump mahu mengenakan $100 billion cukai tambahan ke atas barangan China.

Matawang U.S dolar menyusut sebanyak 0.07% kepada 106.87 selepas mencatat penyusutan sehingga 0.4% pada hari Jumaat. Jatuh daripada paras tertinggi 5 minggu lalu yang dikecapi pada hari Khamis iaitu pada 107.49 yen.

Non-Farm Payroll hanya bertambah sebanyak 103,000 pada Mac berbanding jangkaan 190,000. Data kali ini jauh meleset daripada bacaan sebelum ini yang merekodkan tambahan 313,000 pekerjaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat