Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

413

Matawang US dolar jatuh berbanding matawang utama pada hari Selasa diimbangi dengan pengukuhan matawang CAD dengan didorong oleh rundingan NAFTA yang lebih positif. Dalam masa yang sama ditambah dengan jangkaan bahawa Bank Kanada akan meningkatkan kadar faedah pada tahun ini.

Indeks US dolar melemah pada sesi dagangan asia ke paras 89.55 berbanding paras tertinggi 1 bulan iaitu pada 90.597 setakat jam 9.50 a.m.

Pengukuhan matawang CAD menekan USD/CAD kepada 1.2699, jatuh sebanyak 0.64% selepas Bank of Canada mengeluarkan unjuran suku tahun pertama yang menyatakan bahawa inflasi sejajar dengan jangkaan. Hal ini menyebabkan pasaran positif bahawa kadar faedah akan ditingkatkan pada tahun ini.

Matawang US dolar mengukuh sebanyak 0.09% kepada 106.87 berbanding matawang yen selepas mengalami penyusutan hampir 0.42% pada hari Jumaat. Pengukuhan US dolar berbanding yen adalah didorong oleh perlengahan pengenaan tarif.

Jabatan presiden Donald Trump telah memberi komen bahawa pengenaan tarif belum dilakasanakan. Mereka yakin bahawa ketegangan perdagangan ini mungkin akan diselesaikan melalui rundingan.

Matawang Euro mengukuh ke paras 1.2321 sebelum menyusut sedikit berbanding U.S dolar ke paras harga 1.2321 setakat jam 9.50 a.m.

Bank pusat eropah telah menzahirkan sikap optimis terhadap pertumbuhan ekonomi walaupun dihimpit tidak kepastian berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada hari Isnin.

Matawang sterling mengukuh sebanyak 0.30% keparas harga 1.4133 didorong oleh data perumahan yang positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat