Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

509

Matawang US dolar mengukuh berbanding matawang lain pada hari Jumaat berikutan selera pelabur yang menyebabkan peningkatan ekuiti dan hasil bon U.S.

Indeks US dolar mengukuh pada sesi dagangan Asia ke paras 89.49 setakat jam 9.50 a.m.

Indek US dolar melonjak naik didorong oleh peningkatan hasil bon 10 tahun yang meningkat 5 mata semalam.

Hasil bon meningkat berikutan kenaikan harga ekuiti Wall Street pada hari Khamis selepas syarikat-syarikat korporat menjana keuntungan. Dalam masa yang sama juga kebimbangan terhadap geopolitik juga semakin surut.

Menurut Junichi Ishikawa, pegawai strategi Forex di Tokyo berpendapat ” US dolar sebelum ini belum menunjukkan korelasi dengan hasil bon US. Walaubagaimanapun, hasil bon dan US dolar mula menunjukkan korelasi kembali.”

Matawang US dolar mengukuh kepada 107.41 berbanding matawang yen selepas mengalami penyusutan hampir 0.42% pada hari Jumaat.

Matawang Euro menyusut ke paras 1.2323 berbanding US dolar setakat jam 9.50 a.m

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat