Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

534

Matawang US dolar stabil pada hari Selasa berikutan pasaran mula mengalihkan tumpuan mereka pada polisi perdagangan US lantaran pasaran berpendapat serangan US ke atas Syria tidak mencetuskan konflik di Timur Tengah.

Indek US dolar berbanding 6 matawang utama sedikit berubah selepas mengalami kejatuhan sebanyak 0.4% pada hari Isnin. Kini indeks US dolar pada paras 89.10 setakat jam 9.50 a.m

US dolar masih menyusut berbanding matawang yen iaitu pada 107.12 yen daripada paras 107.78 yang dikecapi pada hari Jumaat. Pedagang memberi tumpuan perjumpaan antara president US Donald Trump dan perdana menteri Jepun Shinzo Abe pada hari Selasa dan Rabu.

Pedagang syak Washington dapat menekat Jepun, selepas laporan sukuan matawang yang dikeluarkan pada hari Jumaat memasukkan Jepun dalam senarai yang harus berjaga-jaga kerana khuatir boleh terjadinya manipulasi.

Trump juga menuduh Rusia dan China pada hari Isnin yang mensusutkan nilai matawang mereka agar pasaran mencetuskan jualan dalam dolar.

Matawang Euro mengukuh berbanding US dolar kepada paras bacaan 1.2381.

Matawang GBP meningkat kepada $1.4355 pada hari Selasa sebelum kini jatuh sikit. Paras tersebut merupakan paras tertinggi sejak referendum Brexit pada Jun 2016. Didorong oleh harapan terhadap perjanjian Brexit dan jangkaan bahawa bank pusat akan naikkan kadar faedah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat