Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

352

Matawang US dolar mencapai paras tertinggi 4 bulan lalu pada hari Khamis pada awal sesi Asia yang masih lagi didorongoleh peningkatan hasil bon kewangan US. Dimana hasil bon kewangan US telah meningkat ke 3 peratus pada hari Selasa buat pertama kali dalam masa 4 tahun.

Hasil bon kewangan 10-tahun telah naik 5.3 mata kepada 3.035 peratus pada hari Rabu, didorong oleh kebimbangan penawaran hutang kerajaan dan tekanan inflasi daripada kenaikan harga minyak.

Peningkatan hasil bon US telah mengakibatkan jurang hasil bon US-Jepun dan US-Jerman semakin membesar dan menyebabkan matawang yen dan euro menyusut berbanding yen.

Penganalisis pada hari Khamis, telah mengatakan bahawa terdapat tanda-tanda bahawa US dolar mula pulih selepas sebulan mengalami kelemahan. Dan data suku tahun pertama dijangka tidak akan seburuk sebagaimana yang dijangkakan oleh golongan pesimis.

Data GDP US suku tahun pertama akan menentukan adakah matawang US dolar akan meruskan pengukuhan atau tidak. Atlanta Federal Reserve menjangkakan peningkatan GDP sebanyak 2%.

Indeks US dolar berbanding 6 matawang utama mengukuh kepada paras 90.97. Bacaan ini jatuh daripada bacaan tertinggi 4 bulan lalu iaitu pada 91.016, namun masih lagi mencatat pengukuhan.Namun ia mula menyusut setakat jam 9.40 pagi

Matawang US dolar juga menyusut berbanding matawang yen sebanyak 0.05% kepada 109.37.

Euro mengukuh berbanding US dolar apabila EUR/USD mengukuh sebanyak 0.12% kepada 1.2176.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat