Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

411

US dolar berada di paras kukuh 3 1/2 bulan tinggi berbanding matawang utama pada hari Jumaat berikutan peningkatan hasil bon kewangan US. Manakala matawang Euro menyusut berikutan nada dovish daripada Bank pusat Eropah.

Indeks US dolar berbanding 6 matawang utama mengukuh kepada paras 91.60 setakat jam 9.45 a.m. Bacaan ini naik daripada bacaan tertinggi 4 bulan lalu iaitu pada 91.016.

Hasil bon kewangan US 10-tahun telah meningkat sebanyak 3 peratus namun masih lagi dihimpit kebimbangan terhadap inflasi peningkatan penawaran hutang berikutan polisi potongan cukai Trump dan pelan perbelanjaan.

Pada tahun ini, korelasi antara hasil bon US dan US dolar tidak begitu jelas kerana pelabur lebih menumpukan pada hubungan perdagangan dan isu geopolitik dengan matawang. Dimana matawang lebih banyak dipengaruhi oleh tweet daripada Trump berbanding data ekonomi dan hasil bon.

Setakat ini, tekanan hubungan US-China semakin berkurangan dan pasaran mengalihkan tumpuan mereka pada kadar faedah.

Euro menyusut berbanding US dolar apabila EUR/USD menyusut sebanyak 0.03% kepada 1.2102. Jatuh daripada paras sesi sebelumnya dan merupakan paras terendah sejak 12 Januari.

Penyusutan ini adalah disebabkan ECB Mario Draghi memberi komentar bahawa beliau mengakui kelembapan bacaan data pertumbuhan.

Matawang US dolar menyusut berbanding matawang yen sebanyak kepada 109.27.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat