Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

417

US dolar mengukuh ke paras tertinggi 4 bulan lalu berbanding matawang utama pada hari Rabu berikutan didorong unjuran ekonomi U.S yang kukuh dan peningkatan hasil bon walaupun terdapat tanda semakin perlahan.

Indek US dolar meningkat 0.66% pada hari Rabu sehingga mencapai bacaan 92.57, iaitu paras tertinggi sejak Januari 10. Pada ketika ini bacaan berada pada paras 92.28 setakat jam 9.30 pagi.

Dalam masa yang sama, the Fed dijangka akan mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat polisi yang akan berakhir pada hari ini. Terdapat tanda-tanda bahawa ekonomi US sedang bertumbuh dengan lancar.

Dapatan kaji selidik ISM yang dikeluarkan pada hari Selasa menunjukkan akitiviti perkilangan US perlahan pada bulan April dengan menekankan kekurangan pekerja mahir dan peningkatan kos. Hal ini menunjukkan tekanan inflasi berlaku.

Data yang dikeluarkan pada 1 bulan lebih yang lepas menunjukkan inflasi pengguna telah meningkat iaitu pada bulan Mac.

Menurut Shinchiro, jika data pekerjaan US menunjukkan peningkatan dalam upah, maka ia akan mendorong pengukuhan US dolar.

Pelabur juga berfikir bahawa potongan cukai Trump dan pelan perbelanjaan dan rangsangan ekonomi ini mampu untuk menjana inflasi dan mendorong peningkatan kadar faedah.

Namun, hal berbeza berlaku di Eropah berikutan data ekonomi sedikit perlahan berbanding pertumbuhan tahun lepas.

Matawang GBP/USD menyusut sebanyak 0.05% kepada 1.3613 selepas data pembuatan UK jatuh. Hal ini telah mengurangkan keberangkalian peningkatan kadar faedah daripada Bank Pusat England.

Matawang euro menunjukkan kejatuhan pada awalnya sehingga paras terendah pertengah Januari,namun kini EUR/USD telah membuat pengukuhan kepada 1.2001.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat