Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

588

US dolar didagangkan pada paras 4 bulan tinggi berbanding matawang utama yang lain pada hari Khamis. Matawang dolar mengukuh kembali selepas mengalami penyusutan berikutan the Fed mengekalkan kadar faedah stabil dan dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan bahawa inflasi telah semakin menghampiri sasaran.

Indeks US dolar berbanding 6 matawang utama berada pada paras 92.57 setakat jam 10.20 a.m. Sebelum ini, ia telah jatuh dalam sekitar paras 02.245 selepas Fed mengeluarkan kenyataan.

The Fed mengekalkan kadar faedah semalaman diantara paras 1.50 peratus dan 1.75 peratus.

Komuniti the Fed juga mengatakan sejak akhir-akhir ini, ekonomi telah mengalami pertumbuhan yang perlahan dalam ekonomi dan pekerjaan. Walaubagaimanapun, aktiviti tersebut sedang berkembang pada kadar yang sederhana dan pekerjaan juga semakin bertumbuh.

US dolar telah didokong oleh ujuran ekonomi yang kukuh bagi beberapa minggu ini dan peningkatan hasil bon walaupun terdapat pertumbuhan perlahan bagi beberapa negara yang telah membangun terutamanya di Eropah.

Matawang euro telah mengukuh sebanyak 0.19% kepada 1.1974 berbanding US dolar.

Matawang GBP mengukuh sebanyak 0.10% kepada 1.3590 berbanding US dolar.

Pada ketika ini, pelabur memberi tumpuan pada data pekerjaan US yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat sebagai salah satu ukuran pengukuhan ekonomi dan tekanan inflasi.

Berdasarkan data ADP, 204,000 berjaya dilamar pada bulan April.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat