Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

583

Matawang yen mengukuh dalam awal sesi dagangan Asia pada hari Jumaat berikutan pasaran kewangan memberi tumpuan pada pekerjaan US.

Para pelabur juga berhati-hati selepas prestasi yang lemah dalam pasaran Wall Street dan kekecewaan terhadap sentimen data ekonomi yang kukuh semakin pudar. Dalam masa yang sama hasil bon menyusut selepas pergerakan yang perlahan inflasi dalam zon eropah.

US dolar mula melemah selepas the Fed mentetapkan tiada perubahan dalam kadar faedah dan nada yang kurang hawkish dalam kenyataan yang diucapkan semasa mesyuarat.

Indeks US dolar menyusut berbanding matawang utama lain sebanyak 0.09% kepada 92.20 setakat jam 10.00 pagi.

Menurut ANZ, data-data Macro daripada US dan Eropah sedang berusaha untuk memenuhi sasaran.

Tumpuan kini diberikan pada data pekerjaan yang akan dikeluarkan pada hari ini. NFP dijangka akan meningkat sebanyak 192,000 pekerjaan pada bulan lepas selepas naik 103,000 pada bulan Mac.

Pelabur juga memberi perhatian pada rundingan perdagangan US-China, walaupun penganalisis mengatakan mereka kurang yakin bahawa mereka akan mencapai kata sepakat yang memenangkan 2 belah pihak.

Matawang USD/JPY menyusut sebanyak 0.17% kepada 109.00.

Matawang EUR/USD mengukuh sebanyak 0.03% kepada 1.1992.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat