Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

429

US dolar mengukuh berbanding 6 matawang utama pada hari Khamis sebelum mula menyusut. Pengukuhan US dolar adalah disebabkan penyusutan matawang euro ke paras terendah 5 bulan berikutan pembangunan politik di Itali yang mampu memberi impak ke atas matawang eropah.

Matawang euro mula kembali mengukuh dengan membuat pengukuhan sebanyak 0.05% berbanding US dolar pada paras 1.1814 setakat jam 9.45 pagi.

Ketidakpastian politik di Itali mampu memberi impak keatas matawang euro. Matawang euro jatuh ke paras terendah 5 bulan lalu berikutan laporan pergerakan 5-star dan liga anti-imigrasi.

Menurut penganalisis, Yukio Ishizuki, matawang euro berkemungkinan akan menyusut lebih lanjut jika pasaran masih lagi mengambil ‘long position’ untuk tujuan kecairan.

Dalam masa yang sama situasi di Itali menjadi tumpuan utama, pergerakan 5-star masih melihat pergelutan untuk UK keluar daripada EU.

Untuk masa sekarang euro menghadapi tekanan daripada pengukuhan US dolar, yang didorong oleh peningkatan hasil bon US melebihi 3 peratus.

Indeks US dolar pada ketika ini menyusut kepada paras 93.07, jatuh 0.21% setakat jam 9.45 pagi.

Matawang lain seperti Cad juga mengukuhan disebabkan lonjakan dalam pasaran ekuiti dimana sebelumnya mengalami penyusutan disebabkan pengukuhan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat