Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

356

Matawang US dolar mengukuh berbanding matawang yen pada hari Jumaat dan mencapai paras tertinggi 4 bulan. Hal ini didorong oleh pengukuhan hasil bon US yang menujukkan unjuran yang positif.

Hasil bon US 10 tahun mencapai paras 3.128 peratus pada awal sesi dagangan Asia. Hasil bon US 10 tahun telah naik sebanyak 15 mata pada minggu ini, meletakkan ia pada landasan dan peningkatan mingguan tertinggi dalam tempoh lebih 3 bulan.

Peningkatan hasil bon menunjukkan sikap optimis terhadap ekonomi US, dan menaikkan jangkaan bahawa kadar faedah akan ditingkatkan sebanyak 2 kali atau lebih pada tahun ini.

Menurut penganalisis, Kadota, pergerakan hasil bon akan menjadi tumpuan. Jika ia naik lebih tinggi makan matawang US dolar akan lebih mengukuh.

Matawang euro juga mengukuh tetapi sebanyak 0.1 peratus kepada $1.1805. Pada hari Rabu, ia telah mencapai paras terendah 5 bulan berikutan tekanan politik yang berlaku di Itali.

Namun pasaran Itali semakin pulih pada hari Khamis berikutan pelabur masih belum jelas berkenaan dengan impak kestabilan politik Itali terhadap zon eropah dan adakah parti Itali akan mengikut pelan tersebut seperti dirancang.

Pada hari Khamis, pergerakan 5-star dan parti kanan-league telah bersetuju untuk memotong cukai dan meningkatkan perbelanjaan kebajikan.

Pelabur kini menaruh bahawa kadar faedah US akan ditingkatkan, namun bank pusat yang lain akan menangguhkan pengetatan monetari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat