Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

425

Matawang US dolar menyusut daripada paras tinggi 5 bulan lalu walaupun dengan keredaan ketakutan pasaran terhadap perang dagangan, namun hal ini adalah disebabkan pengukuhan matawang euro.

Indeks US dolar yang mengukur pengukuhan matawang US dolar berbanding 6 matawang utama menyusut sebanyak 0.03% kepada 93.43  setakat jam 8.30 a.m daripada paras tertinggi 5 bulan lalu iaitu pada 93.97.

EUR/USD mengukuh ke paras $1.1790, melonjak naik daripada paras terendah $1.1717. Namun, pasaran berpendapat lonjakan pengukuhan ini hanya bersifat sementara kerana masih terdapat ketidakpastian tentang situasi politik di Itali.

Menurut Action Economics, ketidaktentuan politik di Itali, pertumbuhan yang perlahan di Eropah, pertumbuhan yang kukuh di US dan hubungan positif antara US dolar dengna hasil bon akan menyebabkan EUR/USD berada dalam posisi jual.

Menurut Mnuchin, kami sedang menangguhkan perang perdagangan.

USD/JPY menyusut ke paras 110.93 selepas menpai paras Y111.40.

GBP/USD mula mengukuh daripada paras kejatuhan $1.3409. Pengukuhan sebanyak 5% kepada $1.3433. Penyusutan tersebut adalah disebabkan data ekonomi UK yang lemah dan tumpuan pasaran pada Brexit.

USD/CAD jatuh 0.11% kepada 1.2775 C$1.2815.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat