Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

426

US dolar kembali mengukuh dalam sesi Asia berikutan matawang euro kembali menyusut disebabkan ketidaktentuan politik di Itali. Dalam masa yang sama juga pound meneruskan trend menjunam, menambahkan lagi pengukuhan dolar.

Indeks US dolar, yang mengukur kekuatan greenback berbanding 6 matawang utama meningkat 0.10% kepada 93.55.

EUR/USD jatuh sebanyak 0.16% kepada $1.7772, susut daripada paras tertinggi sesi iaitu $1.1717. Hal ini disebabkan pemain pasaran mengambil posisi untuk menjual.

Menurut Action Economics, ketidaktentuan politik di Itali, pertumbuhan yang perlahan di Eropah, pertumbuhan yang kukuh di US dan hubungan positif antara US dolar dengan hasil bon menyebabkan EUR/USD berada dalam posisi jual.

GBP/USD meyusut ke paras $1.3430 daripada paras $1.3491. Pengukuhan US dolar juga memberi kesan.

Pada awalnya matawang sterling menunjukkan trend meningkat berikutan gabenor BOE Mark Carney mengatakan bahwa ujuran ekonomi UK positif. Dalam masa yang sama Gertjan Vlieghe menjangkakan kadar repo akan meningkat 6 kali dalam jangka masa selepas 3 tahun.

USD/JPY masih lagi tertekan walaupun dengan kenyataan dovish oleh Gabenor Bank Jepun Haruhiko Kuroda.

USD/CAD terus mengukuh berikutan peningkatan harga minyak mula reda, menyebabkan pedagan melepaskan sebahagian pegangan dolar Kanada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat