Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

398

US dolar menyusut berbanding matawang utama lain pada hari Selasa berikutan keadaan politik di Itali yang sudah semakin reda mendorong pengukuhan matawang Euro dan turut menyumbang kepada penyusutan US dolar ialah ketegangan perdagangan selepas China memberi amaran kepada US.

Indeks US dolar berbanding enam matawang utama menyusut keparas 94.09 daripada bacaan semalam setakat jam 9.25 pagi.

Antara faktor penyusutan US dolar adalah ketegangan perdagangan yang timbul antara US dan China.

Menurut penganalisis, pentadbiran US kelihatan tidak teratur dan tidak bersedia untuk melakukan usaha bagi kebaikan global dan hal ini termasuk China. China telah menarik kembali perjanjian dengan tidak membeli lebih banyak barangan US menyebabkan US berkemungkinan mengambil keputusan meneruskan pengenaan tarif pada akhir bulan ini.

Laporan China melaporkan pada hari Ahad, jika US memperkenalkan sekatan perdagangan tersebut termasuk tarif, segala rundingan yang telah disepakati akan gugur.

Matawang Euro mengukuh keparas harga 1.1693 berbanding US dolar setakat jam 9.25 pagi.

Itali telah mengambil langkah awal untuk menubuhkan kerajaan baru dan Chanselor Jerman Angela Merkel cenderung dengan langkah yang diambil oleh European Monetary Fund.

Matawang Australia pula mengukuh ke paras tertinggi sejak April berikan data domestik yang kukuh apabila sektor korporat menunjukkan keuntungan yang meningkat dan peningkatan jualan runcit.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat