Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

737

Matawang US dolar mengukuh berbanding matawang yen pada hari Isnin walaupun dihimpit dengan sentimen perang perdagangan antara US-China.

Matawang US dolar mengukuh sebanyak 0.04% berbanding yen pada paras 106.31 setakat jam 9.40 a.m.

Matawang US dolar telah mengukuh berbanding matawang yen sejak minggu lepas berikutan terdapat tanda-tanda positif bahawa China dan U.S sedang menjalankan kerjasama di sebalik tabir bagi mengelakkan hal yang tidak ingini berlaku dan terdapat harapan bahawa ada perhubungan diplomatik dengan Korea Utara berkenaan program nuklear.

Menurut penganalisis, pengukuhan US dolar berbanding matawang yen akan terbatas dalam jangka waktu yang singkat ini.

China telah melakukan tindak balas terhadap pengenaan cukai oleh U.S dengan meningkatkan 25% cukai tarif ke atas 128 produk U.S termasuk barangan arak, beberapa jenis buah-buahan dan kacang.

Buat masa ini, pasaran belum memberi apa-apa reaksi besar terhadap pengumuman dan dalam masa yang sama Beijing telah memberi amaran terhadap tindakan tersebut.

Menurut Okagawa, walaupun ekuiti China jatuh dalam sektor ini, akan terdapat pergerakan risk-off dalam pasaran.

Indeks U.S dolar jatuh sebanyak 0.18% iaitu kepada bacaan 89.59 setakat jam 9.40 a.m

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat