Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Awal Pembukaan Sesi Asia

419

US dolar mengukuh berbanding enam matawang utama dan pasaran menjangkakan U.S Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar faedah pada hari Khamis.

Indeks US dolar mengukuh berbanding enam matawang utama sebanyak 0.47% kepada paras harga 89.89 pada awal pagi dan pada ketika ini mula menyusut setakat jam 9.50 a.m .

Mesyuarat The Fed telah membincangkan berkenaan monetari polisi seperti yang dijangka bermula pada hari Selasa dan Rabu. Perbincangan turut tertumpu pada laporan Ringkasan Unjuran Ekonomi berdasarkan inflasi, kadar pengangguran dan pertumbuhan ekonomi (KDNK).

Berdasarkan “Dot Plot” menunjukkan setiap ahli FOMC dalam mesyuarat berpendapat kadar faedah yang akan di naikkan pada tahun ini sebagai persiapan dalam jangka masa panjang dijangka akan menarik perhatian ramai pelabur.

Pada bulan Disember tahun lepas The Fed “dot plot” telah menjangkakan jumlah kenaikan kadar faedah pada tahun 2018 adalah sebanyak tiga kali, walaubagaimanapun baru-baru ini pengururusi The Fed Cerome Powell telah memberikan komen hawkish bahawa kenaikan kadar faedah sebanyak empat kali pada tahun ini.

“The Fed jarang mengulas sebelum melakukan perbincangan, dalam masa yang sama kedua-dua harga nominal dan sebenar adalah sangat rendah. Maka kami berpegang pada pandangan kami bahawa kadar akan meningkat setiap suku tahun ini, dengan tiga kenaikan pada akan datang,” kenyataan Pantheon

US dolar telah membuat kenaikan dan membuatkan pair EUR/USD jatuh sebanyak 0.66% ke paras harga $1.2252 dan kini mula mengukuh ke paras harga 1.2254.

Pair GBP/USD pula turun ke paras harga 1.4007, setelah membuat kenaikan pada hari Isnin kerana persetujuan UK dan EU untuk pelancaran peralihan selepas Brexit.

Pair USD/JPY menaik sebanyak 0.29% ke paras harga Y106.41 dan mula meningkat kepada 106.48 setakat ini. Sementara pair USD/CAD jatuh ke paras harga C$1.3029.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat