Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Awal Pembukaan Sesi Asia

591

US dolar susut berbanding enam matawang utama pada awal pagi Khamis walaupun selepas The Fed mengekalkan pandangan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak tiga kali pada tahun 2018 berbanding empat kali kenaikan.

Fed menaikkan kadar faedahnya sebanyak 0.25% kepada 1.75% pada awal pagi Khamis dan menjangkakan akan adanya dua kali lagi kenaikan kadar faedah pada tahun 2018. Dalam masa yang sama, the Fed menekankan bahawa pemotongan cukai dan perbelanjaan kerajaan akan meningkatkan ekonomi dan inflasi.

Bank pusat bercadang untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak tiga kali lagi pada tahun 2019.

US dolar melemah, berikutan harapan pelabur bahawa the Fed akan membuat kenaikan sebanyak empat kali pada tahun ini dan bukannya tiga kali kenaikan. Hal ini menyebabkan pelabur mengambil keutungan selepas pengumuman tersebut.

Indeks US dolar melemah berbanding enam matawang utama sebanyak 0.13% ke paras harga 89.16 setakat pada pukul 10.50 pagi.

“The Fed akan menaikkan kadar sebnayak tiga atau empat kali dalam tahun ini dan tidak akan banyak mempengaruhi pasaran matawang. Hal ini kerana pasaran telah menjangkakan the Fed akan meneruskan polisi monetari mereka.” kata Shin Kadota, ahli strategi senior di Barclays di Tokyo.

Pasaran sedang menantikan keputusan mesyurarat Bank of England (BOE) pada hari Khamis. Para pelabur mula meninjau monetari polisi BoE selepas data gaji British yang mantap mengandaikan jangkaan bahawa bank pusat akan menaikkan kadar pada seawal bulan Mei.

Pair GBP/USD melonjak keparas tertinggi enam minggu lalu pada harga 1.4163.

Pair USD/JPY pula menurun sebanyak 0.40% ke paras harga 105.63.

Pari EUR/USD menaik sebanyak 0.17% ke paras harga 1.2359 setakat pada pukul 10.55 pagi.

Pair AUD/USD menurun sebanyak 0.28% ke paras harga 0.7743 setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat