Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Awal Pembukaan Sesi Eropah

575

Momentum US dolar dari hari Jumaat lepas turun dalam dagangan sesi Asia pada hari Isnin, dengan indeks US dolar bergelut untuk tetap berada di atas paras 90.0. US dolar melemah walaupun dengan berita bahawa Korea Utara mungkin mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat di mana Jong-Un bersedia untuk menghentikan program nuklearnya.

Indeks US dolar turun 0.16% yang membawa bacaan kepada 89.97. US dolar menjunam minggu lalu kepada paras terendah 89.41 tetapi pulih semula selepas ketegangan perang perdagangan yang dimulakan oleh Presiden Trump mengenai pelan tarif keluli dan aluminium mengecualikan Kanada dan Mexico.

Terdapat potensi pengecualian tariff yang lebih luas dalam perbincangan antara A.S. dan Korea Utara dalam potensi pertemuan antara Trump dan Kim Jong-un. Hal ini telah meningkatkan keyakinan pelabur global.

US dolar membuat penurunan berbanding Yen pada minggu lalu berikutan sentimen berisiko disebabkan tariff dan peletakan jawatan Gary Cohn. Namun, USD/JPY menguat semula selepas berita positif dari Korea Utara yang mungkin akan menamatkan program nuklear mereka.

Sementara itu, pair AUD/USD diniagakan 0.36% lebih tinggi pada $0.7801. Aussie mendapat berita baik pada hujung minggu bahawa Australia juga akan dikecualikan daripada pelan tarif keluli dan aluminium yang diimport dari Australia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat