Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Ini

548

Matawang dollar USD mengukuh ke paras tertinggi bulanan berbanding matawang utama yang lain pada dagangan Rabu disokong oleh lonjakan hasil pulangan bon kerajaan Amerika Syarikat dan juga kejatuhan nilai Pound Sterling berikutan ketidaktentuan Brexit terus berlarutan. Pada sesi pasaran New York dagangan semalam, data indeks harga pengeluar (PPI) di Amerika Syarikat merekodkankan bacaan yang lebih baik daripada jangkaan pasaran dan dengan ini turut menambahkan lagi perspektif yang positif oleh para pelabur. Tumpuan seterusnya adalah kepada data inflasi AS yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam ini di mana turut dijangka mencatatkan angka yang positif.

Pound Sterling pula menjunam ke paras terendah untuk tempoh dagangan 20 bulan pada dagangan Selasa berikutan kebimbangan pasaran terhadap kepimpinan Perdana Menteri Britain Theresa May yang semakin goyah. Matawang GBP yang didagangkan merosot semalam adalah kesinambungan daripada keputusan Theresa May pada Isnin untuk menangguhkan undian Parlimen terhadap perjanjian Brexit yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Selasa. Justeru itu, pelabur yang jelas merasakan risiko kembali membayangi Sterling terus mengheret matawang tersebut ke paras nilai dagangan yang lebih rendah. Penganalisis pasaran masih beranggapan kebarangkalian pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU) tanpa perjanjian (no-deal Brexit) adalah sangat rendah, namun ketidaktentuan isu Brexit ini dilihat akan terus berlarutan.

Dalam perkembangan global yang lain pula, Mahkamah Kanada dilaporkan telah memberi kebebasan dengan jaminan terhadap CHF Huawei, Meng Wanzhou di mana penahanannya baru-baru ini sedikit menggusarkan pasaran akan kesannnya terhadap perjanjian damai sementara oleh Amerika Syarikat dan China. Namun, penganalisis pasaran tidak melihat isu ini akan memberi impak besar terhadap hubungan dagang dua ekonomi terbesar dunia itu. Tambahan lagi, pelabur kembali melihat risiko dalam pasaran semakin reda dengan perkembangan pada rundingan dagang yang diteruskan. Menurut laporan, permohonan untuk pengurangan tarif terhadap kereta oleh Amerika Syarikat pada kadar 15% daripada 40% kadar semasa telah dihantar kepada kabinet China untuk dikaji semula dalam masa terdekat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat